Model Satria adalah model kereta hatchback 3 pintu keluaran tempatan. Generasi pertama Proton Satria adalah berasaskan model Mitsubishi Mirage Cyborg, dikeluarkan pada tahun 1995 sehingga tahun 2006.
Mitsubishi Mirage Cyborg |
Model Proton Satria Pertama |
Generasi kedua pula yang dikenali sebagai Proton Satria Neo adalah rekaan Proton sendiri, dikeluarkan pada tahun 2006. Nama Satria yang bermaksud "pahlawan diraja" dalam Bahasa Melayu dipilih bagi menampilkan rasa sporty bagi kereta ini.
Satria Neo didatangkan dalam 2 pilihan enjin iaitu 1.3L dan 1.6L. Model high-line 1.6L turut menawarkan ciri keselamatan seperti beg udara, ABS dan EBD. Semua model Satria Neo boleh didapati dalam pilihan transmisi manual serta transmisi automatik. Mulai tahun 2009, model high-line 1.6L kini menggunakan Enjin Campro CPS dengan teknologi pemasaan injap boleh laras yang menawarkan peningkatan kuasa sehingga 125 hp berbanding 110 hp pada enjin sebelumnya.
Model | Harga (RM) | |
Satria NEO 1.6 LITE M/T (M) | 43,900.00 | |
Satria NEO 1.6 LITE A/T (M) | 46,900.00 | |
Satria NEO 1.6 M-Line M/T (M) | 48,463.00 | |
Satria NEO 1.6 M-Line A/T (M) | 51,463.00 | |
Satria NEO CPS H-Line 1.6 M/T (M) | 57,763.00 | |
Satria NEO CPS H-Line 1.6 A/T (M) | 60,763.00 |